HALATUJU BLOG INI

Assalamualaikum.

Blog ini bertujuan mengumpulkan penulisan berisikan maklumat2 berkaitan dengan KELUARGA HAJI YAHYA PAYA KERCHUT seperti maklumat asal usul, pecahan salasilah, persemendaan, anekdot2 dan sebagainya sebagai satu bentuk dokumentasi sejarah keluarga buat tatapan dan pengetahuan zuriat Haji Yahya generasi kini dan seterusnya.

Semoga dengan maklumat2 yang berjaya dikumpulkan daripada generasi tua yang kini sudah semakin berkurangan, dapatlah sedikit sebanyak melahirkan rasa menghargai dan menghormati  leluhur serta memperkuat rasa ingin memperkukuh silaturrahim antara kaum kerabat.

Jika ada antara kita yang mempunyai sebarang maklumat, biar seringkas manapun, bolehlah kongsikan dengan saya sebagai admin blog ini melalui ruangan komen posting ini atau mana2 posting lain yang berkaitan. Maklumat2 itu akan dimasukkan ke dalam posting2 berikutnya yang sesuai.

Akhir kalam, semoga usaha kecil ini diberkati Allah. Dengan lafaz Bismillah kita mulakan.

Wassalam.

Arsyad bin Sharifah@Siti Rahmah binti Lateh (Pak Lang Lateh) bin Haji Yahya.

Comments